Akhirnya, kita ada release date yang konkrit untuk Star Ocean: Integrity and Faithlessness, ataupun Star Ocean 5! Penantian kita akhirnya membuahkan hasil!

so5_trailer

Square Enix telah mengumumkan yang game ini akan dikeluarkan untuk Amerika Utara pada 28 Jun, manakala untuk Eropah pada 1 Julai.

Bagi versi ini, ianya eksklusif untuk PS4 sahaja, dan mempunyai dual audio dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Di samping itu, game ini ada dua edisi, edisi hari pertama, dan edisi terhad. Berikut adalah kandungan setiap edisi:

Edisi hari pertama

  • 2 musik tema daripada Valkyrie Profile 1 dan Valkyrie Profile 2:Silmeria.
  • Kod download untuk item di dalam game dan aksesori-aksesori yang dapat menolong karakter di dalam game ini: The Ring of the Valkyries, Gold Bunny Statue, Bushybrume Cincture, Wristlet of the Stars dan Secret Sthalian Tome.

Edisi terhad

  • Steelbook edisi terhad mengandungi game, dan The Sound of Star Ocean, CD soundtrack untuk game ini di mana ianya mengandungi 16 track muzik daripada komposer terkenal Motoi Sakuraba (Siri Tales Of, Siri Valkyrie Profile, Dark Souls).
  • Buku artwork hardcover, The Art of Star Ocean yang mempunyai 80 mukasurat, sarat dengan hasil seni daripada game ini.
  • 8 art card eksklusif, menonjolkan hasi karya daripada akiman (Siri Street Fighter).
  • Kad ID Pangalactic Federation
  • 6 musik tema background  daripada Valkyrie Profile 1, Valkyrie Profile 2:Silmeria dan juga daripada siri-siri Star Ocean yang sebelumnya.
  • Kod download untuk item di dalam game dan aksesori-aksesori yang dapat menolong karakter di dalam game ini: The Ring of the Valkyries, Gold Bunny Statue, Bushybrume Cincture, Wristlet of the Stars and Secret Sthalian Tome.

Edisi terhad boleh didapati pada harga USD 110 (RM 431.30) dan hanya boleh dibeli melalui kedai online Square Enix. Berikut adalah rupa edisi terhad game ini.
star_ocean_integrity_collectors_edition_image_1

JomKomen!