Nampaknya Square Enix dan tri-Ace betul-betul hype dengan game Star Ocean 5 ini, apabila mereka banyak lagi mengeluarkan info untuk para peminat!
Kali ini, Square Enix dan tri-Ace memperkenalkan watak jahat atau antagonis di dalam Star Ocean 5.
Del Soule berasal Kingdom of Trei’kur, Planet Faykreed. Berumur 34 tahun, Del Soule adalah seorang yang berpangkat jeneral bagi tentera Tei’kur. Del Soule menggunakan pedang ketika berlawan dan dia juga seorang yang arif dalam menggunakan Signeturgy (magis dalam dunia SO5) dari elemen api.
Dikatakan sebagai seorang yang bersifat gasar dan kejam, Del Soule takkan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk mencapai objektifnya. Antaranya adalah dengan mempergunakan Relia yang kecil sebagai tebusan.
Anda akan bertembung dengan Del Soule apabila Victor (yang merupakan salah seorang tentera elit khas untuk Regalia) dan tentera Regalia lain mula memasuki perlawanan untuk menakluk East Trei’kur.
Square Enix dan tri-Ace juga menyediakan sedikit info tentang beberapa dungeon di dalam game SO5 ini.
Trei’kur Execution Tower merupakan salah satu dungeon yang bakal anda tempuhi. Terletak di kawasan sebelah barat utara East Trei’kur, dungeon ini pernah digunakan untuk sebarang hukuman mati, tetapi sekarang digunakan sebagai camp untuk tentera Trei’kur.
Satu lagi dungeon yang dikongsi adalah Mysterious Research Facility. Seperti namanya, tempat ini pernah digunakan untuk bereksperimentasi dan melakukan pelbagai penyelidikan untuk sesuatu yang masih misteri.
Dungeon ini adalah besar dan anda akan dapat melihat pelbagai barang dan gadget yang digunakan dan tube kaca yang berisi sesuatu cecair dengan makhluk pelik yang masih bernyawa!
Kepada mereka yang rasa cuak nak menjelejah dunia Star Ocean 5 yang luas, jangan risau. Sejenis sistem fast travel yang dipanggil sebagai Transporter turut diperkenalkan.
Dengan menggunakan sistem ini, anda boleh wrap dari kapal anda, Charles de Gaulle, ke mana-mana sahaja tempat yang anda pernah pergi. (Fakta menarik : Charles de Gaulle adalah nama hero sebenar dari Perancis).
Surpise Attack dan Advantage Attack kembali ke SO5. Jika anda pantas dan dapat timing betul-betul untuk memukul musuh anda sebelum musuh anda pukul anda, maka anda akan mendapat Advantage Attack. Anda mahukan Advantage Attack kerana anda akan memulakan perlawanan dengan beberapa bonus stats; INT (mind attack – untuk attack magis anda) dan ATK (physical attack).
Sebaliknya akan berlaku jika musuh anda sempat memukul anda dahulu. Dipanggil sebagai Surprise Attack, anda akan memulakan perlawanan dengan stats DEF anda diturunkan. Sesuatu yang anda tidak mahu jika anda mahu mengungguli perlawanan!
Signeturgy atau magis di dalam SO5 memainkan peranan yang penting. Seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, Miki adalah seorang yang handal menggunakan seni Signeturgy.
Miki mempunyai beberapa Signeturgy yang penting dan berguna kepada party anda, antaranya adalah Explosion, Ressurection dan Sunshine.
Explosion, seperti namanya, akan menghasilkan satu bebola api yang sangat besar yang akan menyebabkan letupan. Letupan ini akan mengena beberapa musuh anda yang berada di dalam sasaran.
Resurrection pula akan membenarkan Miki menghidupkan kembali anda atau party member anda yang lain yang telah kecundang di perlawanan.
Sunshine pula digunakan untuk mengenakan beberapa musuh dalam satu masa dan menurunkan stats INT musuh.
Anne juga mendapat beberapa info mengenai pergerakkannya. Cannon Blaze adalah salah satu skill kepunyaan Anne yang menunjukkan betapa pantasnya Anne di medan lawan. Dengan mengaktifkan skill ini, Anne akan mula memukul musuh ke atas dan kemudian akan melepaskan beberapa energy attack untuk memberikan satu serangan yang pastinya menyakitkan.
Satu lagi skill Anne adalah Might Discharge. Skill ini membolehkan Anne menghasilkan satu bebola energy yang besar dan membalingnya ke arah pihak musuh. Anda boleh menggunakan skill ini untuk melarikan diri dari musuh atau menghasilkan combo.
Star Ocean 5: Integrity & Faithlessness bakal dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 untuk PS3 & PS4, dan di NA/EU/Asia untuk PS4 sahaja, pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian pada tahun ini.
Comments
Loading…