in , ,

Star Ocean 5: Gameplay Terbaru Dari Livestream Square Enix!

star-ocean-5-01Square Enix telah mengeluarkan livestream khas untuk Star Ocean 5: Integrity and Faithlessness memperlihatkan gameplay terbaru dari judul tersebut!

star-ocean-5-02

Star Ocean 5 meneruskan tradisi siri tersebut dengan mengekalkan genre action-RPG. Pemain akan bertarung bersama pasukan yang terdiri daripada 7 secara real-time. Cutscene dalam game kali ini akan dipaparkan secara dinamik dan memperlihatkan transisi yang lancar antara cutscene dan gameplay.

Dari livestream tersebut, dapat dilihat interaksi antara Fidel dengan watak-watak lain di dalam Star Ocean 5. Sistem pertarungan dan eksplorasi juga dapat dilihat melalui livestream ini. Tidak dinafikan visual Star Ocean 5 juga sangat memuaskan.

star-ocean-5-09Star Ocean 5: Integrity and Faithlessness akan berada di pasaran Jepun untuk PS3 dan PS4 mulai 31 March 2016. Tarikh buat pasaran antarabangsa masih belum diumumkan tetapi dikatakan bakal dikeluarkan pada 2016 juga.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Yang Baru Disahkan Sedang Dalam Pembangunan

Diablo 3: Patch 2.4.0 Hadir Dengan Kandungan Percuma Yang Menyeramkan!