in ,

Star Ocean 5: Character Introduction Trailer Untuk Si Melee Attacker, Anne!

Mari kita tonton character trailer terbaru dari Square Enix dan tri-Ace untuk Anne, melee attacker yang laju gila!

Anne dikatakan adalah seorang wanita yang cantik, mempunyai daya intelek yang sangat tinggi, dan seorang yang mempunyai kebaikan yang tersembunyi di sebalik identitinya. Di dalam Star Ocean 5, Anne mengembara dengan seorang lagi character iaitu Emerson (belum ada character trailer lagi).

Dalam battle, Anne mempunyai banyak melee attacks yang bermacam-macam, termasuklah attacks yang sangatlah laju dan special skill yang heavy-hitting. Anne tidak akan teragak-agak untuk memperbodohkan musuhnya.
SO5-Anne-001

Anne juga dikatakan sangat meminati kucing. (Dengan ini, saya akan memanggil Anne sebagai AnNeko hehe).

SO5-Anne-002

Star Ocean 5 : Integrity & Faithlessness bakal dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 untuk PS3 & PS4, dan di NA/EU/Asia untuk PS4 sahaja, pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian pada tahun ini.

JomBaca: Star Ocean 5 : Character Introduction Trailer Untuk Victor & Miki!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kholat: Jom mengembara di pergunungan Russia!

Rainbow Six Siege: 10 Update Baru Yang Sangat Ditunggu-Tunggu, Ubisoft Perlu Dipuji