in ,

Star Fox Zero: Bersedia Untuk “Do A Barrel Roll” Bulan April Ini!

Peminat siri Star Fox sekalian, jom kita guling-guling kegembiraan!

Dalam event Nintendo Direct pagi tadi, Nintendo akhirnya telah mengumumkan tarikh release Star Fox Zero, iaitu pada 22-April-2016! Yeay! Asalnya game ini patut di release pada November tahun lepas, tetapi telah ditunda atas sebab-sebab tertentu. Jom tengok trailer awesome ini!

Dalam Star Fox Zero, anda dapati kali ini game ini memaparkan stage baru dengan banyak laluan alternatif (alternate path). Sebaik sahaja anda selesai mengalahkan game ini dalam normal mode, terdapat lebih banyak paths yang akan boleh anda pilih.

Star Fox Zero memaparkan gameplay lebih kurang sama dengan game asalnya, Star Fox 64. Dalam game ini, anda akan mengawal Fox McCloud yang merupakan juruterbang kepada kapal Airwing.

Star-Fox-Zero-003 Dengan menggunakan gamepad Wii U, anda boleh menggunakan control stick di sebelah kiri untuk menggerakkan kapal anda, dan sebelah kanan untuk aim senjata anda. Pandangan dari kokpit ditunjukkan di atas gamepad anda untuk membantu anda aim.

Star-Fox-Zero-001

Pelbagai elemen kembali ke Star Fox Zero, antaranya para pasukan lama Fox seperti Falco, Peppy dan Slippy yang akan membantu anda ketika berlawan.

Star-Fox-Zero-005

Star Fox Zero bakal keluar di pasaran dunia pada 22-April-2016 eksklusif di console Wii U.

Jom do a barrel roll April ini!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nintendo : Nintendo 3DS Limited Edition Baru, Game Zaman SNES Kini Boleh Dimainkan!

Monster Hunter Generations : Versi Bahasa Inggeris Monster Hunter X!