in , , ,

Star Discord: Game RTS Seperti Starcraft Di Mobile Oleh Pembangun Solo Tempatan

Rindu nak main game ala-ala StarCraft? Tapi tak ada masa nak buka PC? Jangan risau, Star Discord bawakan genre real-time strategy ke mobile.

Star Discord merupakan sebuah game RTS (real-time strategy) yang dibangunkan dan diterbitkan oleh pembangun solo tempatan, Illogical Games.

Mesti korang pernah dengar Illogical Games, bukan? Ya, Illogical Games merupakan studio yang dikendalikan secara solo oleh pembangun tempatan, Amarul Natenan. Sebelum ini, JomGaming pernah berkongsikan mengenai Meka Hunters, juga merupakan game yang dibangunkan beliau secara solo.

Baiklah, jom kita kembali kepada Star Discord.

Game ini menampilkan gameplay kompetitif PvP yang mudah dan pantas untuk pemain mobile.

Jadi, bagaimana Star Discord membawakan genre RTS yang memerlukan pemain mengawal banyak unit dalam satu-satu masa? Bermula dengan kawalannya. Dengan hanya menyentuh sekali pada skrin membolehkan pemain memilih seorang dalam satu unit. Jika pemain mahu memilih semua unit yang sama, pemain menyentuh skrin dua kali. Penggunaan dua jari untuk menghasilkan kotak pada unit-unit yang dipilih juga disediakan.

Terdapat fungsi arahan pada menu yang disediakan untuk membolehkan pemain membina struktur, menyerang musuh dan juga nyahpilih unit. Pemain boleh menggunakan jari untuk bergerak di sekitar map. Cuma kadangkala pergerakan jari ke arah peta yang ditujui menjadi lambat bergerak atau begerak ke tempat lain.

Apa objektif game ini? Walaupun ada campaign mode, tapi penulis nampak itu sebagai tempat latihan untuk pemain menyesuaikan dengan permainan dan kawalan game Star Discord. Muka hadapan game ini adalah mode PvP. Pemain boleh sama ada mahu bermain unranked atau ranked.

Cuma isu di sini kadangkala untuk mencari pemain lain agak lambat sedikit. Tapi apabila sudah jumpa pemain lain, pemain akan dimulakan dengan unit kecil bagi membantu mengumpulkan sumber-sumber untuk membina lebih banyak struktur dan unit-unit yang lebih kuat dari segi infranti, udara dan sebagainya.

Pemain perlu memasang strategi dan membina tentera dengan cepat. Kalau tidak, pihak musuh akan menyerang kubu pemain dahulu. Perlawanan PvP Star Discord tidak memgambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya 5 hingga ke 10 minit. Sesuai bagi mereka yang mahukan permainan yang pantas.

Dari segi grafik, Star Discord menggunakan style grafik seperti Minecraft yang mudah dan tidak memakan banyak storage pada telefon pintar dan juga menyokong telefon yang tidak menggunakan grafik tinggi. Ia juga menyokong 30 dan 60 FPS.

Walaupun bagus, tapi reka bentuk model terutamanya pada unit-unit infranti berbeza seakan-akan nampak sama dari pandangan atas. Agak sukar untuk menentukan unit mana yang dah dipilih dan yang belum dipilih semasa pertempuran.

Walau bagaimanapun, penulis nak memuji soundtrack dalam Star Discord. Muziknya mendendangkan rentak yang kadangkala tenang, adakalanya berbunyi elektronik dan juga sinematik. Sedap untuk didengari. Tidak lupa juga sound effect seperti tembakan laser dan letupan yang juga baik.

Secara amnya, Star Discord sesuai bagi mereka yang mahukan game RTS yang senang untuk dikawal dan pantas untuk dihabiskan. Kalau korang berminat nak cuba boleh muat turun Star Discord di sini untuk Android, dan di sini untuk iOS.

+ Kawalan dua jari dan menu commands yang mudah
+ Soundtrack yang nice
+ Gameplay yang senang dan pantas

– Agak lambat untuk mencari pemain dalam PvP
– Penggunaan jari untuk menggerakkan peta kadangkala lambat atau pergi ke tempat lain

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Sesuatu Di Luar Jangkaan – Microsoft Umum Beli Activision Blizzard

Microsoft Tiada Niat Tarik Komuniti Game Activision Blizzard Dari PlayStation, Kata Box Xbox