Square Enix mengumumkan Lost Sphear, sebuah JRPG baru yang sedang dibangunkan di Tokyo RPG Factory, studio sama yang membawakan I Am Setsuna.

Seperti video game mereka sebelum ini, terdapat beberapa perubahan yang akan ditambah dalam siri ini, di mana pemain boleh mengubah posisi hero semasa dalam battle, tambahan serangan magik yang unik dan juga beberapa lokasi untuk pemain menjelajah nanti. Tidak seperti I Am Setsuna yang ianya terasa seperti berada di satu lokasi sahaja.

Tokyo RPG Factory mengeluarkan beberapa info tentang Lost Sphear yang sedang dibikin itu dengan plot cerita. Ianya berbunyi:

“Pengembaraan di Lost Sphear bermula dalam bandar terkawal di mana seorang budak lelaki, Kanata tersedar dari mimpi ngeri berkisahkan kemusnahan tempat tinggalnya. Untuk mengelakkan perkara ini menjadi kenangan, Kanata berserta kawannya cuba unuk membina semula dunia di sekeliling beliau dengan menggunakan kuasa memori yang boleh didapati dengan pelbagai rintangan dalam pengembaraannya.”

Di sini ada beberapa screenshot untuk Lost Sphear:

Lost Sphear akan keluar dalam awal tahun 2018 di platform PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC.

JomKomen!