PlayStation 5 pun belum diumumkan pelancarannya secara rasmi, tapi ada bibit-bibit berita ianya sedang dibangunkan di sebalik tabir!

Di dalam satu posting di Resetera, Tomohiro Tokoro yang memegang jawatan¬†3D Character Model Lead Artist di Luminous Productions telah menulis di profail LinkedIn, beliau sedang mengerjakan “game AAA baru bagi PS5”. Luminous Productions ditubuhkan bagi membangunkan game AAA di bawah penerbit Square Enix.

Walaupun Tabata-san telah menubuhkan Luminous Productions, beliau telah mengumumkan beliau telah meninggalkan Luminous Productions dan Square Enix minggu lepas.
Posting LinkedIn Tokoro-san yang mengerjakan pembangunan game AAA bagi PS5 tidaklah menghairankan. Yang menjadi persoalan adalah – apakah game itu?
Adakah ianya game Final Fantasy VII Remake yang sudah lama dibangunkan tanpa khabar pelancaran semasa hayat PS4? Dengan pembangunan dan tumpuan diberikan kepada Kingdom Hearts 3 Рpasukan pembangunan game FFVII Remake mungkin ditarik membantu menyegerakan KH3.
Bukan Square Enix sahaja yang sedang membangunkan game bagi PS5. Bethesda telah mengumumkan Elder Scrolls VI di E3 lepas – melihatkan kepada proses pembangunan mereka, game tersebut juga dijangka akan dilancarkan bagi platform PlayStation 5.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.