in , , ,

SPRAWL: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Bercakap pasal retro shooter atau boomer shooter, sudah banyak studio game indie kembalikan genre ini dalam pasaran game sekarang. Kita ada game seperti Dusk, Turbo Overkill, Project Warlock, Ultrakill dan banyak lagi. Tahun ini, SPRAWL sertai keluarga boomer shooter. Tapi, apa yang menarik dalam SPRAWL ini? Teruskan menonton.

SPRAWL ialah game first person shooter yang dibangunkan oleh MAETH dan diterbitkan oleh Rogue Games untuk platform PC. Korang bermain sebagai SEVEN, seorang askar super yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa yang mahu membunuhnya.

SEVEN perlu selesaikan misinya untuk menumpaskan Junta, rejim tentera yang menguasai bandar Sprawl. Sepanjang misinya, dia dibantu oleh suara misteri dalam kepalanya yang dikenali sebagai FATHER. Sejujurnya dalam game macam ni, story tidaklah terlalu mendalam tapi mudah difahami.

Namun, aku mengharapkan developer menambah background story seperti latar belakang SEVEN, sejarah bandar Sprawl dan paling penting, siapa sebenarnya FATHER. Gaya percakapannya kat sepanjang permainan buatkan aku nak tahu lebih tentang dia. Overall, ceritanya okay saja.

GAMEPLAY

Ada 3 teras utama dalam gameplay SPRAWL. Wall run, adrenaline dan resource management. Selain menembak, korang boleh lakukan wall run, berlari dari dinding ke dinding untuk mencapai platform. Dalam combat, korang boleh gunakan wall run sebagai kelebihan untuk menjarakkan diri dari musuh dan bergerak ke tempat lebih tinggi untuk lakukan serangan balas.

Sepanjang aku main, aku takde jumpa masalah dalam mekanik wall running dan menembak semasa wall run sememangnya nampak cool. Apa yang penting korang perlu kekalkan momentum semasa berlari ke dinding dengan menekan spacebar dari semasa ke semasa. Ada beberapa platforming agak tricky, tapi jangan risau kalau gagal sebab korang akan kembali ke platform berdekatan dan nyawa takkan ditolak.

Adrenaline merupakan mekanik dalam game ni. Aku boleh katakan Adrenaline ni ialah Bullet Time, korang boleh perlahankan masa untuk menembak musuh dengan lebih tepat. Tapi fungsi adrenaline ni lebih dari sekadar perlahankan masa. Bila Adrenaline diaktfikan, bahagian tertentu pada tubuh badan musuh akan di-highlight kat pemain sebagai weakness points, spesifiknya kepala dan tangki gas kat belakang musuh.

Jika korang berjaya layangkan headshot, item seperti ammo, health point dan power untuk cas semula adrenaline akan dijatuhkan dari musuh yang mati. Kat sini resource management mainkan peranan penting sebab ammo yang diberikan kat setiap senjata adalah sedikit. Dan kalau korang tak lakukan ni, tanpa korang sedar tiba-tiba semua senjata dah habis peluru.

Setiap senjata dalam SPRAWL berfungsi kepada situasi tertentu. Dual revolver mempunyai tembakan lebih tepat untuk headshot. Dual submesingan untuk tumpaskan gerombolan musuh. Minigun untuk musnahkan robot yang lebih keras, pergerakan korang akan jadi perlahan semasa gunakan. Tapi korang boleh pintas dengan sentiasa wall run. Electric railgun sesuai untuk turret dan robot, tapi ambil masa untuk recharge sebelum menembak.

Tapi bagi aku, double barrel pump action shotgun yang paling menarik dalam banyak-banyak senjata. Ada 2 sebab, ia menggalakkan korang untuk sentiasa menukar senjata dan shotgun boost jump.

Mungkin ada sesetengah pemain yang suka gunakan shotgun tak suka untuk sentiasa tukar senjata, kerana shotgun Sprawl ambil masa beberapa saat untuk pump sebelum boleh menembak semula. Tapi animation pump tu boleh di-skip dengan tukar ke senjata lain dan kembali tukar ke shotgun. Ini menjadikan shotgun senjata one shot one kill jika ditembak pada waktu tepat. Tapi kalau gagal bersedia untuk tukar ke senjata lain kerana animation pump-nya boleh buatkan korang terbunuh.

Bagi mereka yang tak gemar sentiasa tukar senjata. Ini membawa kepada replayability game ni, tak ada upgrade system seperti penambahan alternate fire mode kat setiap senjata yang bolehkan pemain bereksperimen dan jadikan pertempuran lebih menarik. Jika ada alternate fire mode, pemain ada pilihan untuk gunakan shotgun yang ada animation pump action lebih cepat tapi damage dikurangkan. Dalam masa yang sama boleh bertukar balik ke double barrel shotgun.

Kalau dalam Quake, pemain boleh lakukan rocket jump. Dalam Sprawl, korang boleh lakukan shotgun jump. Tembak ke lantai untuk lantunkan diri ke udara. Ini berguna untuk pemain yang nak capai ke tempat tinggi dengan lebih cepat. Shotgun jump juga boleh digunakan untuk jarakkan diri korang lebih jauh jika musuh terlalu ramai mengepung korang.

Dari segi musuh terbahagi kepada askar manusia dan askar robot. Tapi design askar manusia mengingatkan aku kepada askar Helghast dalam Killzone. Cara diaorang berkomunikasi pun hampir sama macam Combine soldier dalam Half-Life 2. Walaupun berbahaya, aku masih mahukan setiap musuh mempunyai attack pattern berbeza bagi menyukarkan pemain predict serangan musuh. Kerana mereka selalu akan berkumpul dan bergerak ke satu arah mengikut pemain.

Terdapat 3 boss fight dalam SPRAWL dan aku boleh katakan ini bahagian paling lemah dalam game. Wall run, aspek paling penting dalam SPRAWL dicampak ke tepi semasa boss fight. Developer boleh jadikan arena pertempuran lebih menarik dengan masukkan platform untuk wall run. Tapi sebaliknya, pemain dapat arena yang kosong, tak menarik dan menyusahkan. Pertempurannya menjadi bosan yang hanya bergantung kepada strafing semasa menembak. Aku lebih enjoy lawan musuh biasa dari lawan boss.

GRAFIK

SPRAWL menggunakan grafik style 3D seperti game Quake 2. Kalau dilihat dari jauh grafik 3D nampak jelas, tapi kalau korang lihat dengan lebih dekat kat objek, ia sebenarnya pixelated. Style ini juga sama digunakan dalam game System Shock remake.

Setiap lokasi megalopolis dalam SPRAWL cantik untuk dilihat. Ia memberikan vibe seperti Blade Runner dan Ghost In The Shell. Malah salah satu lokasinya mengingatkan aku kepada Kowloon Walled City di Hong Kong.

Cuma dari segi settings, aku harap developer tambah fungsi untuk ubah saiz Heads-up Display kerana bagi aku, HUD-nya terlalu besar dan mengganggu pemandangan aku nak lihat setiap senjata beraksi.

MUZIK

Muzik dalam SPRAWL akan buatkan korang terasa debaran dan adrenaline rush. Rentaknya yang penuh dengan bunyi industrial, electronic dan dubstep akan sentiasa buatkan korang tak senang duduk. Lagi rancak rentak, lari marak musuh menyerang. Sememangnya the best part dalam game.

Keputusan – BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

SPRAWL ialah apa akan jadi kalau Ghostrunner, Quake dan FEAR digabungkan menjadi satu. Kalau korang berminat dengan ketiga-tiga game tu dan peminat tegar boomer shooter, SPRAWL sesuai untuk korang. Tapi kalau korang nak cari game yang ada replayability dan story yang mendalam, ini bukan untuk korang.

+ Gameplay yang gabungkan wallrun dan adrenaline yang menarik
+ Muzik best
+ Lokasi vibe cyberpunk

– Boss fight lemah dan membosankan
– Tak ada replayability dan upgrade system

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Apa yang korang perlu tahu pasal kenaikan harga baharu PlayStation Plus?

Dota 2: Valve permanently ban 90,000 smurf account, akan hukum akaun-akaun utama