in , ,

Spotify Kini Ada Di Epic Games Store – Lebih Banyak Aplikasi Bukan Game Bakal Masuk?

Selain mendapatkannya di laman web rasmi atau Microsoft Store, Spotify menambah satu lagi tempat pilihan untuk pengguna desktop.

Spotify kini turut boleh didapati di Epic Games Store. Korang boleh dapatkannya di sini.

Pelancaran ini sekaligus merupakan aplikasi bukan game pertama yang terdapat di platform Epic Games Store.

Ramai yang sudah mula bercakap-cakap tentang adakah ini merupakan permulaan kepada lebih banyak aplikasi bukan game yang akan dimasukkan ke dalam platform tersebut.

Pelancaran ini turut memperkuatkan lagi hubungan antara Spotify dan Epic Games. Bagi yang tidak tahu, kedua-dua syarikat ini cukup lantang dalam memberikan kritikan kepada Apple dan Google atas yuran di mobile store masing-masing yang, menurut mereka, terlalu tinggi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Video Trailer Lucu Ini Mengumpulkan Bermacam Glitch Yang Ada Dalam Cyberpunk 2077

Lupakan Konsol, Nikmati Screenshot Photo Mode Cyberpunk 2077 PC Yang Menggiurkan