Tepat seminggu lalu, Marvel’s Spider-Man telahpun dilancarkan. Seperti yang semua tahu, ia merupakan sebuah game yang dikeluarkan secara eksklusif untuk PS4.

Terbaru, bercakap kepada Kinda Funny Games (via Push Square), pengarah kreatif Insomniac Games, Bryan Intihar telah berkongsi bagaimana pihak Sony telah sentiasa memberikan sokongan yang sebaiknya semasa studio mereka membangunkan game ini.

“Game ini tidak akan wujud kalau bukan kerana PlayStation, kalau bukan daripada sokongan mereka,” kata Intihar. “Bila-bila masa saya ingin lakukan sesuatu, ingin lakukan perubahan yang drastik, ia hanya seperti, ‘Okay’.

“Saya tidak pernah dengar apa-apa. Ia hanya ‘Pergilah buat.’ Soalannya hanya, ‘Adakah ia akan buat game ini jadi lebih baik?’ dan saya akan katakan, ‘Yep’, dan mereka akan kata, ‘Okay’, dan itulah perkara terakhir yang saya akan dengar tentangnya… Saya terhutang segalanya kepada PlayStation.”

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami menyatakan yang game ini menyajikan gameplay yang mantap, jalan cerita yang menarik, open-world yang sangat seronok untuk berayun, penjahat-penjahat ikonik yang tidak terkira, pertarungan boss yang epik, babak-babak sinematik yang menakjubkan, karakter-karakter sampingan yang memberikan impak — segalanya menjadikan Marvel’s Spider-Man adalah sebuah yang BOLEH BELI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.