Dalam sidang media PlayStation di E3 2018 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi, Sony telah memperlihatkan gameplay terbaru untuk game eksklusif akan datang mereka, Marvel’s Spider-Man.
Gameplay memaparkan Electro dalam misinya untuk membebaskan rakan-rakan penjahatnya yang lain dari penjara. Spiderman cuba menghalang perancangan Electro ini namun tetap gagal.
Akhirnya Electro telah bergabung dengan Scorpion, Vulture, Rhino, dan Mr Negative membelasah teruk Spiderman sehinggalah seorang karakter misteri telah muncul di akhir video. Siapakah agaknya gerangan karakter ini?
Korang boleh saksikannya di bawah:
Comments
Loading…