Setelah bermacam spekulasi dan laporan, akhirnya pihak Sony membuka mulut tentang spesifikasi yang bakal dibawakan ke dalam PlayStation 5.

Dalam satu temuramah eksklusif bersama Wired, Lead Systems Architect untuk PS5, Mark Cerny telah mendedahkan beberapa info mengenai konsol tersebut. Walaupun tidak secara spesifiknya menggelarkannya PS5, dan hanya memanggilnya sebagai “konsol generasi seterusnya”, berikut ialah beberapa info yang telah didedahkan beliau.

  • PS5 sudah empat tahun dalam pembangunan.
  • Tidak akan dilancarkan pada tahun 2019.
  • Backward Compatibility disahkan, iaitu game-game PS4 (disk & digital) boleh dimainkan di PS5.
  • Masih menggunakan media fizikal, bermakna konsol tersebut masih mempunyai drive untuk memasukkan disk — bukan sepenuhnya peralihan ke game digital.
  • Secara teknikalnya mampu menyokong resolusi 8K.
  • Platform virtual reality (VR) yang baru diacah, namun tetap menyokong peranti PSVR yang sedia sekarang. Bermakna berjuta pengguna VR pada hari pertama pelancaran PS5 kelak.
  • Storage custom SSD yang sangat, sangat pantas, lebih pantas daripada mana-mana solusi yang ada di PC sekarang: game Spider-Man mengambil masa untuk load selama 15 saat di PS4 Pro, manakala untuk PS5, hanya 0.8 saat — kira-kira 19 kali ganda pantas.
  • Death Stranding mungkin akan menjadi game cross-gen, iaitu dilancarkan untuk kedua-dua PS4 dan PS5.
  • 8 core AMD 7nm Zen 2 berdasarkan Ryzen generasi ketiga.
  • Sokongan ray-tracing dengan custom AMD Navi GPU.
  • Unit custom AMD untuk 3D Audio, turut dibantu oleh ray-tracing.

Sekali lagi kami nyatakan, info-info ini merupakan kata rasmi daripada pihak Sony sendiri, dan bukan laporan-laporan ataupun khabar angin.

Jadi, apa pandangan korang pada ketika ini tentang PS5?

JomKomen!