Kepada mereka yang pre-order STAR WARS PlayStation 4 Bundle melalui Unifi, harini bolehlah korang dapatkan mainan baru korang tu!
Kegilaan Star Wars semakin mencapai kemuncak dengan pelancaran Star Wars: The Force Awakens besok! Tapi, korang tahu tak di Menara TM bermula hari ini sehingga 18hb nanti, akan berlangsung acara Star Wars Playstation 4 Special Day with Unifi?
Usaha dari TM ini menerima sambutan hangat dari pelanggan TM yang terlepas membeli STAR WARS PlayStation 4 Bundle ini dari pengedar-pengedar sah Sony. Jadi menerusi promo ini, pelanggan Unifi dapat memiliki konsol idaman ramai ini beserta game Star Wars Battlefront, langganan 12 bulan untuk PS Plus, serta beberapa vouchers untuk download beberapa game Star Wars yang lain!.
JomBaca: Game Gear: Bundle Star Wars PlayStation 4 Menghampiri Malaysia!
Acara 3 hari ini yang akan berlangsung di Menara TM menjanjikan pelbagai acara selain kutipan pre-order STAR WARS PlayStation 4 Bundle seperti pertandingan game Sony, demo-demo game, pertandingan cosplay dan juga Jualan Black Friday!
Jadi bagi mereka yang dah pre-order, tahniah kerana mendapatkan konsol baru anda! Bagi yang berminat, bolehlah melawat ke Menara TM bagi mengintai hadiah freebies dan pertandingan yang ada – jangan kata abang tak payung!
Comments
Loading…