in , , , , ,

Soulja Boy Ingin Tubuhkan Pasukan Esports Fortnite, CoD, CS:GO dan Overwatch!

Watch me whip, whip. Watch me nae, nae~

Walaupun dihentam teruk selepas melancarkan konsol gamenya sendiri – SouljaGame Console, Soulja Boy tidak patah semangat dan terus mengorak langkah dalam industri gaming.

Rapper Soulja Boy menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan pasukan esports di dalam satu temuramah bersama TMZ!

Diinspirasikan daripada kawan baiknya, Ninja, sang streamer popular, Soulja Boy atau nama sebenarnya DeAndre Cortez Way berkata, pasukan tersebut akan bertanding di bagi game Fortnite, CoD, CS:GO dan Overwatch.

Beliau ingin menandingi pasukan esports seperti Team Liquid dan 100 Thieves – 2 organisasi esports Amerika Utara yang terkenal.

“Kita akan mencari dan mengambil bakat-bakat video game. Saya akan menubuhkan pasukan Fortnite, Call of Duty, Overwatch, Counter-Strike dan macam-macam lagi.” kata Soulja Boy lagi.

Adakah pasukan esports ini akan menjadi kenyataan?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengarah Final Fantasy XV, Hajime Tabata Dedahkan Mengapa Tinggalkan Square Enix, Punca DLC Dibatalkan

Subnautica Kini Korang Boleh Dapatkan Secara Percuma Di Epic Games Store