in ,

Soulframe: Game Terbaru MMORPG Percuma Dari Pembangun Warframe

Pembangun Warframe, Digital Extremes telah mendedahkan game terbaru mereka iaitu Soulframe, iaitu sebuah game MMORPG bertemakan elemen fantasi.

Trailer Soulframe telah dipertunjukkan di TennoCon 2022. Ia akan menjadi sebuah game percuma (free-to-play) yang membawakan gameplay eksplorasi open world dan dunianya akan berkait dengan dunia Warframe. Sebuah lagi game yang dihasilkan oleh Digital Extremes.

Pengarah kreatif, Geoff Crookes berkata dunia yang dibina dan elemen-elemen yang digunakan dalam Soulframe mengambil inspirasi dari dunia-dunia fantasi kegemaran mereka semasa zaman kanak-kanak dahulu.

“Pasukan kami sememangnya berminat dengan idea di mana manusia dan alam bersatu. Dan pemain akan meneroka dengan lebih mendalam tema tersebut semasa bermain dengan idea tentang pemulihan dan pengembaraan,” kata Geoff Crookes.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Baghdad, Jepun Atau Azetc – Mana Satu Latar Belakang Yang Akan Digunakan Dalam Assassin’s Creed Seterusnya?

HYPERCHARGE: Unboxed: Boleh Beli or Boleh Blah!?