Antara babak yang paling dibualkan ramai semasa The Game Awards 2018 semalam ialah kehadiran bos dari ketiga-tiga platform konsol terkemuka dunia.

Shawn Layden dari PlayStation, Reggie Fils-Aime dari Nintendo, dan Phil Spencer dari Xbox telah bersama-sama naik ke atas pentas dan membuka acara tersebut — menyebutkan tentang bagaimana video game menyatukan kita semua dan memberikan penghargaan kepada semua yang terlibat langsung dalam pembangunan video game.

Kemudian, sepanjang majlis anugerah tersebut berjalan, Reggie Fils-Aime dan Phil Spencer ada naik sekali lagi di atas pentas bagi berkongsikan perkembangan terbaru dari platform masing-masing bersama hos dan penerbit TGA, Geoff Keighley. Walau bagaimanapun, kita tidak mendapat sebarang perkembangan terkini dari Shawn Layden. PlayStation membisu.

Selepas TGA 2018 tamat, ramai yang menyatakan kekecewaan mereka kepada pihak Sony kerana tidak berkongsi sebarang info baru untuk para peminatnya. Dan Layden ada membalas satu tweet dengan mengatakan, “Jumpa korang pada tahun baru.”

Kenyataan ini mungkin kelihatan seperti ringkas sahaja, namun memberikan pelbagai tafsiran dari ramai pihak. Ia kedengaran seperti Sony sedang menyediakan satu pengumuman yang cukup besar untuk tahun 2019. Apakah mungkin buka sahaja tahun baharu, kita akan disajikan dengan pelbagai info baru dari PlayStation? Ah, terlalu banyak persoalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.