in , ,

Sony Yakin Spider-Man Bakal Naikkan Jualan PS4 Hingga Mencecah 100 Juta Unit!

Mungkinkah Peter Parker bakal membawa kuasa penjualan bagi PlayStation 4?

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, PlayStation 4 telah berjaya terjual tidak kurang daripada 60 juta unit. Kini, Sony percaya keluaran eksklusif PS4 yang akan datang iaitu Spider-Man akan terus memajukan jumlah jualan ini hingga mencecah ke 100 juta unit.

Bercakap dengan The Telegraph, Shawn Layden selaku Presiden bagi Sony Interactive Entertainment America telah menyatakan beliau tidak berminat untuk mencuri atau mengambil pelanggan daripada pesaing tetapi lebih kepada meluaskan jumlah pengguna. Ini jelas dapat dilakukan terutamanya dalam pasaran Amerika dan beliau yakin dengan hadirnya eksklusif seperti Spider-Man.

Ini adalah kerana watak Spider-Man adalah antara watak superhero yang paling dikenali ramai dalam dunia dan ini bakal menjadi tarikan yang luar biasa – samada bagi mereka yang sedang giat bermain PlayStation atau pun yang masih belum mencubanya.

Apa pendapat korang tentang perkara ini? Mungkinkah Spider-Man bakal membantu menguatkan lagi kuasa Sony dalam perang konsol generasi ini? Kongsikan pendapat!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

JomUnbox: Elgato Game Capture HD60 Pro – Capture Card Untuk Gamer Multi-Platform!

Dapatkan Killing Floor Percuma Sekarang! Masa Tawaran Terhad!