in ,

Sony Yakin Jualan PS5 Akan Cecah 100 Juta Unit Sepanjang Hayatnya

Sony cukup yakin bahawa PlayStation 5 yang bakal dilancarkan pada bulan ini akan berjaya mencecah jualan lebih daripada 100 juta unit sepanjang hayatnya kelak.

Perkara ini dinyatakan oleh CFO Sony, Hiroki Totoki ketika membentangkan laporan kewangan terbaharu syarikat tersebut baru-baru ini, lapor GamesRadar.

Angka ini tentunya objektif yang sangat realistik kerana sepanjang kewujudan jenama PlayStation, hanya PS3 sahaja konsol mereka yang tidak berjaya mencecah jualan melebihi 100 juta unit, manakala PS1, PS2 dan PS4 berjaya melakukannya dengan cemerlang.

Sebagai perbandingan, konsol PlayStation dengan jualan tertinggi pada ketika ini ialah PS2 dengan 155 juta unit, diikuti dengan PS4 (113.5 juta dan masih lagi rancak), PS1 (102.4 juta) dan PS3 (87.4 juta). PSP pula berjaya terjual sebanyak 76.4 juta unit.

Totoki turut mendedahkan yang Sony menjangkakan bahawa jualan PS5 akan lebih tinggi berbanding PS4 dalam tempoh tahun fiskal pertama.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sector’s Edge: Game FPS Percuma, Grafik Macam Minecraft Dengan Elemen Kemusnahan Objek Sekeliling

Orwell’s Animal Farm: Rasai Pengalaman Game Adaptasi Dari Novel Tulisan George Orwell