in , , , ,

Sony Yakin Akan Temui Solusi Kepada Isu Cross-Play Dengan Platform Pesaing Lain

Pintu masih terbuka.

Ketidakmahuan Sony untuk mengadakan kerjasama dengan Microsoft dan Nintendo dalam sokongan cross-play dalam game Fortnite menerima reaksi yang pelbagai. Ada yang mengecam tindakan Sony ini, namun tetap ada juga yang menyokong pendirian syarikat itu.

Walau bagaimanapun, impian untuk bermain apa jua game bersama tanpa mengira persaingan bisnes konsol ini mungkin boleh berubah kerana Sony kelihatan masih membuka pintu ini.

Bercakap kepada Eurogamer, CEO dan Presiden Sony Interactive Entertainment, Shawn Layden berkata mereka sedang mendengar maklum balas para pemain mereka.

“Kami mendengar (para pemain kami). Kami sedang melihat kepada banyak kemungkinan. Kami boleh membayangkan bahawa persekitaran yang dapat memberi kesan kepada bukan sahaja satu game,” komen beliau.

“Saya yakin yang kami akan menemui solusi yang mana akan difahami dan diterima oleh komuniti gaming kami, dalam masa yang sama menyokong bisnes kami.”

Kenyataan ini mungkin boleh kita katakan sebagai hanya jawapan skema daripada Sony untuk meredakan persoalan yang berbangkit sejak beberapa minggu ini. Tetapi, apabila Sony menyatakan yang mereka sedang melihat suatu solusi, kita mungkin masih boleh berharap.

Sony pada waktu ini hanya menyokong fungsi cross-play dengan platform PC dan mobile, dan tidak membenarkannya dengan platform-platform konsol pesaing mereka, iaitu Xbox dan Switch.

JomBaca: Microsoft Dan Nintendo Main Kasar! Bergabung Keluarkan Trailer Cross-Play Minecraft Tanpa PS4!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Asal-Usul Game-Game Battle Royale - Lengkap Lagi Mutlak!

Asal-Usul Game-Game Battle Royale – Lengkap Lagi Mutlak!

PSX SEA 2018 Diumumkan Akan Diadakan Di Bangkok, Thailand Pada Ogos Ini

PSX SEA 2018 Diumumkan Akan Diadakan Di Bangkok, Thailand Pada Ogos Ini