in , ,

Sony Umumkan PS4 Edisi Khas ‘Days of Play’, Jualan Murah Di PS Store Bermula 8 Jun

PS4 edisi khas baru yang sememangnya kacak bergaya!

Sony telah mengumumkan sebuah PS4 baru dengan rekaan edisi khas ‘Days of Play’ yang akan mula dijual pada 8 Jun ini dengan harga RM1,299. Ia merupakan sebuah rekaan dengan warna biru di kesemua konsol dan DualShock 4. Di atas konsolnya, terdapat 4 butang ikonik PlayStation berwarna emas, di samping touchpad controllernya juga akan terdapat butang berwarna emas itu.

Pembelian edisi khas ini akan didatangkan dengan 1 konsol (500GB) dan DualShock 4 tersebut.

Pengeluaran PS4 edisi khas ini adalah bersempena dengan jualan murah ‘Days of Play’ di PlayStation Store yang akan berlangsung dari 8 Jun hingga 18 Jun ini.

Jualan ‘Days of Play’ ini akan menawarkan pelbagai diskaun untuk software dan servis yang ada dalam PS Store. Antaranya ialah langganan PlayStation Plus 12+2 bulan akan ditawarkan harga yang sama dengan servis 12 bulan yang biasa.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG Corp Telah Memfailkan Saman Ke Atas Epic Games Atas Dakwaan Pelanggaran Hak Cipta

World War 3: Game Baru Bertemakan Moden Seperti Battlefield Dengan Mode Battle Royale!