Sony telah mengumumkan pertambahan kandungan untuk pelanggan PlayStation Plus, secara khususnya kandungan yang berkaitan dengan rancangan televisyen dan filem.
Diberi nama Video Pass, ia akan memberikan akses kepada lebih 20 siri televisyen dan filem yang dimiliki oleh Sony Pictures, sebagai sebahagian daripada langganan PlayStation Plus.
Buat masa ini, menurut VGC, Video Pass hanya dilancarkan di pasaran Poland untuk percubaan. Sony akan memantau bagaimana sambutannya di negara tersebut terlebih dulu sebelum dilancarkan ke pasaran negara lain.
“Kami mahu lihat bagaimana para pemain akan mendapat manfaat daripada servis seumpama ini,” kata naib presiden servis global Sony Interactive Entertainment, Nick Maguire. “Apa cerita-cerita yang mereka tonton, apa yang mereka peduli, berapa kerap mereka gunakan.”
Bulan lalu, Sony telah mengumumkan yang mereka akan menghentikan pembelian atau sewaan kandunagan televisyen dan filem di PlayStation pada Ogos tahun ini. Mungkin PlayStation Plus Video Pass adalah rancangan Sony untuk menggantikan servis ini.
Comments
Loading…