Sony kini dalam persediaan untuk mengeluarkan kemaskini besar seterusnya untuk System Software di PlayStation 4.

Para pemain kini boleh mula mendaftar untuk diberikan akses kepada sesi percubaan beta bagi System Software 5.0 yang dijadualkan akan berlangsung awal Ogos nanti. Walau bagaimanapun, ia hanya dibuka untuk para pemain di tiga rantau sahaja, dan tiada sebarang pengumuman untuk rantau Asia.

Para pemain Amerika Utara boleh mendaftar di sini, Eropah di sini dan Jepun di sini.

Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya Sony membuka pendaftaran untuk sesi beta bagi rantau Asia.

Buat masa ini, Sony belum mengumumkan apakah fungsi-fungsi terbaru yang bakal dicuba dalam sesi beta nanti, namun mereka menyatakan ia akan didedahkan tidak lama lagi.

JomBaca: Firmware 4.50 Dah Keluar – External HDD Mana Yang Patut Korang Beli Bagi PlayStation 4 Korang?

JomKomen!