Sony baru sahaja mengumumkan sebuah konsol retro kecil, digelar PlayStation Classic. Konsol ini akan boleh memainkan game-game klasik popular semasa era PlayStation yang asal.
Antara game yang akan dibawakan ke dalam konsol ini ialah Final Fantasy VII, Jumping Flash, Ridge Racer Type 4, Tekken 3, dan Wild Arms. Ia akan memasukkan 20 game ke dalam konsol ini, namun hanya 5 game ini sahaja diumumkan setakat ini.
Mempunyai saiz yang 45 peratus lebih kecil berbanding PlayStation asal, PlayStation Classic akan didatangkan bersama dua controller PS1, kabel HDMI, dan akan dikuasakan dengan kabel USB.
https://youtu.be/nl2h8LDq_oI
Menurut PlayStation Asia, ia akan masuk ke pasaran Malaysia pada 3 Disember ini dengan harga RM429.
Comments
Loading…