in ,

Sony Umumkan Kempen ‘Play at Home’, Berikan Percuma Trilogi Uncharted Dan Journey

Bagi menggalakkan orang ramai duduk di rumah dalam usaha untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan kempen ‘Play at Home’.

Sony akan memberikan dua game percuma untuk para pemain terus kekal tenang di rumah, iaitu Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey. Kedua-dua game ini boleh kita ambil secara percuma bermula esok hingga 5 Mei. Ia akan menjadi milik kita buat selamanya sekiranya kita masukkan kedua-dua game ini ke dalam akaun dalam tempoh waktu yang ditetapkan ini.

Untuk waktu Malaysia, game-game ini boleh diambil bermula 16 April, 11 pagi.

Tiada apa-apa syarat lain dikenakan — sama ada kita mempunyai langganan PlayStation Plus atau tidak, kita akan mendapatnya secara percuma.

Mereka tidak mengatakan sama ada kempen ini adalah sekali beri atau akan berlanjutan selepas 5 Mei. Sekiranya berlanjutan, kemungkinan besar senarai game lain akan diberikan secara percuma selepas itu.

Di samping itu, Sony bukan sahaja membantu para pemain untuk terus kekal di rumah. Malah, merek akan turut membantu pembangun-pembangun indie melalui dana sebanyak USD10 juta (~RM43 juta). Sony akan berkongsikan butiran lanjut bagaimana para pembangun indie ini boleh memohon untuk terlibat dalam bantuan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Main Banyak Demo Game Baru Di Steam - Game Festival Kembali Pada Jun Ini

Main Banyak Demo Game Baru Di Steam – Game Festival Kembali Pada Jun Ini

Dapatkan Assassin's Creed 2 Sekarang Secara Percuma Di PC

Dapatkan Assassin’s Creed 2 Sekarang Secara Percuma Di PC