Di akhir acara digital khas PS5 yang berlangsung awal pagi tadi, Sony akhirnya telah mengumumkan butiran yang dinantikan ramai tentang konsol generasi seterusnya itu.
PS5 akan berada di pasaran dengan harga USD499 (sekitar RM2,061) untuk edisi standard. Manakala untuk edisi digital pula, ia akan berharga USD399 (sekitar RM1,648).
Harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Kemudian, tentunya, mereka turut telah mendedahkan tarikh pelancaran PS5. Terdapat dua tarikh berbeza yang didedahkan iaitu pertama, PS5 akan dilancarkan pada 12 November ini di tujuh buah negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.
Seterusnya, PS5 akan dilancarkan ke seluruh dunia, termasuk Malaysia pada 19 November.

Comments
Loading…