in ,

Sony Umumkan Hanya 10 Game PS4 Ini Tidak Akan Boleh Dimainkan Di PS5

Bulan lalu, Sony telah menyatakan bahawa kira-kira 99 peratus game PS4 akan boleh dimainkan di konsol PS5 melalui fungsi backward compatibility. Senang kata, hampir kesemua game PS4 boleh dimainkan di PS5.

Terkini, Sony telah berkongsi lanjut dan menjawab segala kemusykilan para pemain tentang fungsi ini. Secara spesifiknya, Sony telah mendedahkan senarai game PS4 yang tidak boleh dimainkan di PS5, yang mana jumlahnya hanyalah 10 game, iaitu:

  • DWVR
  • Afro Samurai 2 Revenge of Kuma Volume One
  • TT Isle of Man – Ride on the Edge 2
  • Just Deal With It!
  • Shadow Complex Remastered
  • Robinson: The Journey
  • We Sing
  • Hitman Go: Definitive Edition
  • Shadwen
  • Joe’s Diner

Bermakna, selain 10 game PS4 ini, yang berjumlah lebih daripada 4,000 game, akan boleh dimainkan di PS5 kelak.

Seperti yang sudah kami laporkan beberapa kali sebelum ini, sekiranya game PS4 itu dibeli secara digital, ia akan dibawa terus ke PS5, asalkan menggunakan akaun PSN yang sama. Untuk game yang dibeli secara disk fizikal, pastikan disk tersebut disimpan kerana ia akan digunakan sebagai ‘kunci’ untuk bermain game tersebut di PS5. Dan tentunya, disk itu hanya dapat dimasukkan ke dalam konsol PS5 yang mempunyai disc drive.

Controller PS5 Diperlihatkan - Ini 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang DualSense

Sony turut menjelaskan tentang satu ciri baharu untuk game-game PS4 yang akan dimainkan di PS5, iaitu Game Boost. Sesetengah game PS4, akan menampilkan Game Boost apabila dimainkan di PS5 melalui backward compatibility. Ia akan mempercepatkan waktu loading, serta framerate yang ditambahbaik dan lebih stabil.

Antara game yang sudah mengumumkan bakal mempunyai Game Boost ialah Ghost of Tsushima. Sucker Punch telah mendedahkan yang game open-world mereka itu kelak akan membenarkan framerate sehingga 60FPS.

Selain itu, Sony turut mengumumkan yang game saved data dan game-game yang sudah di-install di konsol PS4 boleh dipindahkan terus ke konsol PS5 melalui dua cara, iaitu menggunakan kable LAN atau menerusi Wifi. Malah, sekiranya pemain sudah ada game yang di-install di dalam external USB storage, ia boleh digunakan terus di PS5.

Dan sudah tentunya, game saved data juga boleh dibawa melalui cloud storage PlayStation Plus.

Sony Umumkan Harga Dan Tarikh Pelancaran PS5

PS5 akan dilancarkan di beberapa negara terpilih pada 12 November ini. Sony Malaysia masih belum mendedahkan harga dan tarikh pelancaran konsol generasi akan datang ini untuk pasaran Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Controller PS5 Diperlihatkan - Ini 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang DualSense

Bilangan Lampu Di Controller PS5, DualSense Menyala Menandakan Pemain Ke Berapa

Outriders Asia Release Confirmed

Outriders Asia Release Confirmed