in ,

Sony Umumkan Days of Play Kembali Pada 3-16 Jun, Bermacam Diskaun Di Kedai Dan PS Store

Days of Play anjuran Sony merupakan acara bertaraf global di mana bermacam produk PlayStation akan mendapat diskaun — sama ada di kedai tempatan (fizikal) mahupun di PlayStation Store (digital).

Sony telah mengumumkan bahawa Days of Play akan kembali untuk tahun ini, yang mana ia akan berlangsung dari 3 hingga 16 Jun ini. Berikut ialah apa yang ditawarkan sepanjang promosi ini:

1. PS4 Pro Bundle — Hanya RM1,399 (Harga asal: RM1,799)

  • PS4 Pro (1TB HDD)
  • 2 x Controller DualShock4
  • Game penuh God of War
  • Game penuh The Last of Us Remastered

2. PS4 MegaPack — Hanya RM1,099 (Harga asal: RM1,349)

  • PS4 Slim (1TB HDD)
  • 1 x Controller DualShock4
  • Game penuh Grand Theft Auto V
  • Game penuh God of War
  • Game penuh Horizon Zero Dawn
  • Item eksklusif Fortnite

3. Controller DualShock4 — Hanya RM179 (harga asal RM239)

4. Diskaun game-game PS4

  • Death Stranding — RM169
  • Nioh 2 — 169
  • Sekiro: Shadows Die Twice — RM145
  • Marvel’s Spider-Man (Game of the Year Edition) — RM119
  • Dreams Universe — RM119
  • Days Gone — RM119
  • God Of War — RM55
  • The Last Of Usβ„’ Remastered — RM55
  • Uncharted 4: A Thief’s End — RM55
  • Ratchet & Clank — RM55

5. PlayStation Plus 12-bulan dan percuma 4 bulan tambahan

Untuk ketahui kedai tempatan berdekatan mana yang terlibat dengan acara Days of Play ini, korang boleh lihat senarai kedai di pautan ini.

Sony Umumkan Days of Play Kembali Pada 3-16 Jun, Bermacam Diskaun Di Kedai Dan PS Store

Amacam, mana satu yang korang akan angkat? Semoga membuat pilihan bijak dengan promosi kali ini!

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Lenovo Legion Umumkan 5 Laptop Dan 1 Desktop Gaming Baru Yang Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Lenovo Legion Umumkan 5 Laptop Dan 1 Desktop Gaming Baru Yang Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Pemain Dota 2 Malaysia, MidOne Dan OG Derma Lebih RM435,000 Bantu Kekang Wabak COVID-19

Pemain Dota 2 Malaysia, MidOne Dan OG Derma Lebih RM435,000 Bantu Lawan Wabak COVID-19