Sony telah mengumumkan sebuah bundle yang bertemakan game terbaharu daripada Naughty Dog, The Last of Us Part II.
Untuk pasaran antarabangsa, Sony telah mengumumkan bundle yang menampilkan PS4 Pro dan controller DualShock 4 — yang mana rekaannya terdapat tatu bunga yang ada di lengan Ellie dalam game sekuel itu.
Walau bagaimanapun, berita buruk untuk peminat tempatan kerana Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) hanya akan membawa masuk DualShock 4 dan headset sahaja ke pasaran Malaysia. Tiada PS4 Pro dengan rekaan The Last of Us Part II di pasaran temparan.
DualShock 4 ini akan dipasarkan pada harga RM279, manakala headset pula pada harga RM449. Ianya akan dilancarkan serentak bersama-sama dengan pelancaran The Last of Us Part II iaitu pada 19 Jun ini.
Korang boleh lihat gambar-gambar untuk kedua-dua produk ini di bawah:
Comments
Loading…