in ,

Sony Umumkan Bundle Controller PS4 Dengan FIFA 21 – Berharga RM399

Sejak azali, game bola sepak sememangnya lebih seronok dimainkan bersama rakan atau ahli keluarga yang duduk di sebelah. Oleh sebab itu, sekiranya korang peminat siri game FIFA, dan masih belum ada controller kedua, inilah masanya!

Sony PlayStation Asia telah mengumumkan satu bundle yang agak menarik. Kandungan utama yang didatangkan bersama bundle ini ialah satu controller PS4, DualShock 4 dengan satu game penuh FIFA 21 (kad baucar, perlu muat-turun secara digital).

Selain itu, bundle ini turut menawarkan kad baucar mode Ultimate Team (FUT) serta percubaan langganan PlayStation Plus selama 14 hari.

Sony Umumkan Bundle Controller PS4 Dengan FIFA 21 - Berharga RM399

Bundle ini akan dilancarkan serentak dengan pelancaran FIFA 21, iaitu pada 9 Oktober ini dengan harga RM399. Korang boleh dapatkan bundle ini di keda-kedai game tempatan yang disahkan oleh Sony PlayStation Asia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Garena Free Fire: Rampage: Game Mobile Paling Untung Di Asia Tenggara Untuk Suku Pertama 2020

Garena Free Fire: Rampage: Game Mobile Paling Untung Di Asia Tenggara Untuk Suku Pertama 2020

Xbox Berhasrat Beli Lebih Banyak Studio Game Lain, Kata CEO Microsoft

Xbox Berhasrat Beli Lebih Banyak Studio Game Lain, Kata CEO Microsoft