Setelah menerima banyak rungutan tentang warna putih controller PS5, DualSense yang dikatakan cepat kotor, Sony akhirnya mengumumkan dua warna baharu.
Digelar Midnight Black dan Cosmic Red, dua warna baharu ini menampilkan warna yang lebih gelap, anggun dan bertemakan angkasa lepas. Korang boleh saksikannya dalam video di bawah.
Dalam kenyataan di PlayStation Blog, Sony mengatakan yang dua warna baharu ini akan hadir ke pasaran global pada bulan hadapan. Namun, tarikh tepat ia akan dilancarkan mungkin berbeza mengikut negara. Kami sudah menghubungi PlayStation Asia untuk mendapatkan info tentang bilakah dua warna ini akan hadir ke pasaran Malaysia.
Comments
Loading…