in , ,

Sony Umum Pulse 3D Wireless Headset Warna ‘Midnight Black’ – Konsol PS5 Warna Hitam Tak Lama Lagi?

PlayStation 5 dilancarkan pada November 2020 dengan satu set berwarna serba putih — dari konsol, controller DualSense sehinggalah kepada aksesori-aksesori lain.

Jun lalu, Sony telah memperkenalkan DualSense dengan dua warna tambahan, iaitu Midnight Black dan Cosmic Red.

Terkini, bagi memadankan DualSense berwarna Midnight Black dengan aksesori lain, Sony telah mengumumkan Pulse 3D Wireless Headset dengan warna sama. Korang boleh saksikan pandang pertama headset dengan warna baharu itu dalam trailer pendek di bawah:

Para peminat sudah mula bercakap-cakap mengenai apakah aksesori seterusnya yang akan membawakan warna selain putih ini. Malah, dari corak pelancaran yang dapat kita lihat sekarang, Sony mungkin bakal melancarkan konsol PS5 dengan warna Midnight Black pada masa akan datang.

Buat masa ini, Sony Malaysia masih belum mendedahkan berapakah harga Pulse 3D Wireless Headset berwarna Midnight Black ini untuk pasaran tempatan. Sama ada berharga sama dengan warna putih (RM469) atau sedikit berbeza, masih belum diketahui.

Kami akan kemaskini artikel ini sebaik sahaja Sony Malaysia mengumumkan harganya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran Battlefield 2042 Ditunda, Kini Akan Dilancarkan Pada November

Walaupun eFootball 2022 Adalah Game Percuma, Konami Jual Pek Premium Harga RM169