in , ,

Sony Umum Project Leonardo – Controller Untuk Gamer OKU

Sony telah mengumumkan controller kit untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Projek ini belum ada nama rasmi, dan masih menggunakan codename ‘Project Leonardo’.

Controller ini digambarkan mudah untuk diubahsuai (highly customizable) yang akan membantu OKU untuk bermain game dengan lebih senang, lebih selesa dan lebih lama.

Gamer boleh mengalihkan jarak dan menukar posisi setiap butang di controller ini mengikut kesesuaian dan keperluan fizikal masing-masing. Saiz dan bentuk analog stick yang berlainan juga disediakan.

Bukan setakat ubahsuai hardware, malah software customization juga ditawarkan. Gamer boleh buat button mapping seperti mendaftarkan dua function dengan menekan satu butang sahaja. Contohnya, dengan menekan satu butang, R2 dan L2 didaftarkan serentak.

Controller ini akan membantu gamer OKU yang memiliki kawalan motor terhad termasuklah kesusahan memegang controller dalam jangka waktu lama, kesukaran menekan butang-butang yang kecil, atau kepayahan memposisikan jari-jari mereka secara optima di controller biasa.

Controller ini boleh digunakan secara sendiri (standalone), atau menggunakan dua controller itu sekaligus, atau menggunakannya bersama controller DualSense, atau juga menggunakan bersama aksesori pihak-ketiga.

Sony membangunkan Project Leonardo ini dengan kerjasama beberapa organisasi OKU seperti AbleGamers, SpecialEffect dan Stack Up.

Buat masa ini, belum ada tarikh pelancaran diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bos PlayStation Kata Kini Lebih Senang Untuk Beli PS5

Artwork Baharu Game Multiplayer The Last of Us Diperlihatkan