in , ,

Sony Umum Nama Rasmi PlayStation VR2, Horizon Call of the Mountain Adalah Game Pertama

Sony memulakan minggu pertama 2022 dengan mendedahkan beberapa butiran baharu tentang sistem generasi terkini virtual-reality (VR) untuk PS5.

Pertama sekali, nama rasminya telah diumumkan, iaitu PlayStation VR2 (headset) dan PlayStation VR2 Sense (controller).

Bersama-sama dengan pendedahan nama ini, Sony turut memperkenalkan game pertama yang bakal hadir ke PS VR2, iaitu spin-off kepada francais Horizon, dikenali sebagai Horizon Call of the Mountain.

Game ini akan membawa pemain menyelami dunia Horizon dengan lebih dekat melalui pengalaman VR kerana game ini dibina secara khusus oleh Guerrilla Games dan Firesprite untuk PS VR2.

Saksikan teaser trailer pertamanya:

Antara teknologi baharu yang bakal ditampilkan ke dalam PS VR2 adalah ketiadaan sebarang kamera untuk memainkannya, tidak seperti PS VR asal di PS4 yang memerlukan PS4 Camera sepanjang masa.

PS VR2 memperkenalkan teknologi mengesan kawalan melalui headset (Headset-based Controller Tracking). PS VR2 akan mengesan pemain dan controller yang digunakan melalui kamera terbina yang telah diintegrasikan ke dalam headset.

Selain itu, PS VR2 juga memperkenalkan teknologi pengesanan mata (Eye Tracking). Dengan hanya menggerakkan mata ke satu-satu arah, ia akan memberikan input tambahan kepada karakter dalam game.

Di samping itu, PS VR tentunya akan menawarkan grafik yang lebih baik: 4K HDR, pandangan sehingga 110-darjah, paparan OLED, resolusi 2000×2040 untuk setiap mata, serta framerate 90/120Hz.

Tarikh pelancaran PS VR2 juga masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengguna Steam Pilih Resident Evil Village Game Terbaik 2021, Cyberpunk 2077 Game Story Mengagumkan

Filem Uncharted Keluarkan Video Lebih Panjang Babak Nathan Drake Jatuh Dari Kapal Terbang