Sony baru sahaja mengumumkan satu kolaborasi yang mungkin kita semua tidak terfikir langsung sebelum ini.
Dalam satu video pendek yang dikeluarkan, Sony telah mengumumkan kolaborasi untuk promosi PS5 dengan Travis Scott, memperlihatkan rapper terkemuka dari Amerika Syarikat itu sudah bersedia untuk bermain konsol terbaharu itu.
Video dimulakan dengan menampilkan beberapa individu penting dalam pelbagai aspek PS5, kemudian diakhiri dengan kehadiran Scott di atas sofa seterusnya menghidupkan PS5. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sony berkata:
“Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan Travis Scott telah menyertai keluarga PlayStation sebagai rakan kreatif strategik. Kami dikahabarkan Travis ialah seorang peminat tegar PlayStation, jadi kami telah mulakan perbualan dengan beliau yang membawa kepada kerjasama unik ini. Melalui semangat kebersamaan kami terhadap gaming dan kreativiti, kami merancang untuk berkolaborasi dengan Travis dan jenama Cactus Jack beliau untuk menghasilkan projek-projek inovatif yang mana kami harap akan menggembirakan ramai peminat kami.”
Menarik untuk kita saksikan bagaimana Sony akan menggunakan populariti seorang rapper untuk mempromosikan PS5. Apa pandangan korang?
PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.
Comments
Loading…