in , ,

Sony Umum Kerjasama Dengan Discord, Integrasi Ke Dalam PlayStation Network Tahun Depan

Dalam satu kerjasama yang tidak dijangka sama sekali, Sony telah mengumumkan kerjasama dengan platform perbualan gamer paling popular di PC, iaitu Discord.

Berita ini diumumkan oleh Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan dalam satu kenyataan.

Ryan mendedahkan bahawa pada ketika ini, kedua-dua pasukan PlayStation dan Discord sedang berusaha untuk menghubungkan platform Discord dengan pengalaman sosial dan gaming ke dalam PlayStation Network.

“Tujuan kami adalah untuk membawa pengalaman Discord dan PlayStation lebih dekat bersama di konsol dan mobile bermula awal tahun hadapan, membenarkan rakan-rakan, kumpulan-kumpulan dan komuniti-komuniti untuk meluangkan masa bersama, berseronok dan berkomunikasi lebih mudah ketika bermain game bersama,” kata Ryan.

Beliau turut mendedahkan bahawa kerjasama ini terjalin melalui pelaburan minoriti yang pihak Sony lakukan terhadap syarikat Discord. Walau bagaimanapun, beliau tidak dedahkan berapakah jumlah pelaburan yang dilakukan.

Berita ini tentunya mengejutkan ramai kerana kira-kira dua minggu lalu, terdapat laporan yang mengatakan perbincangan antara Discord dan Microsoft untuk pengambil-alihan bernilai USD10 billion (sekitar RM41 billion) tidak berjaya. Tiada angin tiada ribut, Sony pula mengumumkan kerjasama bersama Discord.

Menarik sebenarnya untuk kita saksikan bagaimana PlayStation integrasikan dengan platform Discord ini akan dijalankan. Adakah Discord akan menggantikan segala fungsi sosial PlayStation Network seperti Party dan Messages; atau mengadaptasi beberapa fungsi yang dimiliki Discord; atau bagaimana? Sama-sama kita nantikan sebarang butiran lanjut mengenai kerjasama ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game PS4 Kini Adalah Game Paling Banyak Terjual Berbanding Konsol Lain Dalam Sejarah

Selepas Dota, Siri Animasi League of Legends Pula Akan Ditayangkan Di Netflix