in , , , ,

Sony Umum Jenama Produk Gaming “INZONE”, Fokus Untuk Gamer PC Tapi Warna Sama Macam PS5

Nampaknya laporan sebelum ini yang muncul pada minggu lalu adalah benar belaka.

Sony secara rasminya telah mengumumkan sebuah jenama produk gaming baharu yang digelar “INZONE”. 3 model headset dan 2 model monitor baharu yang memfokuskan kepada gaming didedahkan.

Sony memasarkan barangan-barangan ini fokus untuk gamer PC, namun ia tetap mempunyai ciri-ciri yang “terbaik” untuk PS5. Malah, rekaan warna yang ditampilkan untuk jenama INZONE juga menggunakan tema warna putih-hitam-biru yang serupa dengan PlayStation 5.

Melalui Facebook Sony Malaysia, mereka baru mendedahkan harga pasaran tempatan untuk tiga headset itu, manakala harga untuk dua monitor itu masih belum didedahkan.

INZONE H3 (RM439, dilancarkan 29 Jun 2022): Headset berwayar, dengan ciri 360 Spatial Sound.

INZONE H7 (RM1,099, dilancarkan 29 Jun 2022): Headset wayarles dengan ciri 360 Spatial Sound, bateri tahan sehingga 40 jam, pengecasan 10 minit untuk penggunaan satu jam.

INZONE H9 (RM1,299, belum ada tarikh pelancaran): Headset wayarles dengan ciri noise cancelling, 360 Spatial Sound, bateri tahan sehingga 32 jam, pengecasan 10 minit untuk penggunaan satu jam.

INZONE H9

INZONE M3: Monitor 27-inci dengan Full HD/240Hz, pengesahan DisplayHDR 400, IPS, 1ms GtG, NVIDIA® G-SYNC Compatible, VRR dalam HDMI 2.1 standard.

INZONE M9: Monitor 27-inci dengan 4K/144Hz, pengesahan DisplayHDR 600, IPS, 1ms GtG, NVIDIA® G-SYNC Compatible, VRR dalam HDMI 2.1 standard. Menyediakan Auto HDR Tone Mapping, yang turut terpakai dengan PS5. Secara automatiknya, ia akan bertukar ke Cinema Mode apabila menonton filem di PS5, dan kembali bertukar ke Game Mode apabila bermain game.

INZONE M9

Untuk butiran lanjut dan spesifikasi penuh untuk setiap produk baharu ini, korang boleh layari kenyataan rasmi ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Pelancaran F1 22 – Mulakan Era Baharu Pada 1 Julai Ini

Meet Me At NooN: Boleh Beli or Boleh Blah!?