in , , ,

Sony Umum Controller Rasmi PS5 Baharu – DualSense Edge, Fokus Pengubahsuaian

DualSense Edge telah diumumkan, iaitu controller rasmi baharu untuk PlayStation 5 yang dibangunkan sendiri oleh Sony Interactive Entertainment (SIE).

Rekaan dan fungsi controller ini akan memfokuskan kepada pengubahsuaian berasaskan hardware dan software bagi memberikan pengalaman bermain yang lebih unik kepada setiap pemain.

Antara fungsi yang didedahkan setakat ini adalah:

Kawalan yang boleh diubahsuai secara ultra: DualSense Edge boleh petakan semula (remapping) atau mematikan mana-mana input butang spesifik serta boleh melaraskan terus sensitiviti stick dan dead zone.

Simpan beberapa profil: Apabila sudah mendapatkan setting yang sesuai, pemain boleh simpan setting itu ke dalam beberapa profil. Preset profile ini boleh ditukar-tukar pada bila-bila masa. Contohnya, game A menggunakan profil 1, manakala game B lebih sesuai menggunakan profil 2.

Butang baharu: Pertukaran profil itu boleh dilakukan dengan mudah kerana ada butang baharu yang ditambah iaitu butang Fn. Selain pertukaran profile, butang ini juga boleh digunakan untuk laras kekuatan suara (volume) dalam game, chat balance dan lain-lain.

Stick dan butang belakang yang boleh ditukar: Ada tiga laras ketinggian analog stick yang boleh ditukar, sesuai untuk pemain bertukar-tukar antara game shooter. Dua butang belakang tambahan pula boleh ditukar dengan dua jenis laras, serta ia boleh remap kepada apa sahaja input butang yang pemain inginkan.

Modul stick yang boleh ditukar: Sekiranya ada apa-apa masalah dengan analog stick, ia boleh ditukar dengan mudah (dijual berasingan).

Dan tentunya DualSense Edge memiliki ciri-ciri yang telah tersedia ada dalam DualSense asal seperti haptic feedback, adaptive triggers, mikrofon terbina, motion controls dan lain-lain.

Selain itu, DualSense Edge juga akan hadir bersama dengan beg tersendiri yang apabila disimpan di dalamnya, controller itu boleh boleh dicas menggunakan sambungan USB.

Sony berkata yang mereka akan berkongsi lanjut mengenai controller baharu ini dalam masa beberapa bulan akan datang termasuk bilakah ia akan dilancarkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. After reading your article, it reminded me of some things about gate io that I studied before. The content is similar to yours, but your thinking is very special, which gave me a different idea. Thank you. But I still have some questions I want to ask you, I will always pay attention. Thanks.

JomKomen!

Loading…

0

Serlahkan Kekuatan Bakat Fighting Game Korang Di AniManGaki 2022

Where Winds Meet: Game Open-World Macam Ghost of Tsushima Tapi Latar Belakang China