in ,

Sony Ubah Fikiran, Takkan Tutup PlayStation Store Di PS3, PS Vita

Sony nampaknya telah membuat pusingan-U. Rancangan mereka untuk menutup PlayStation Store di PS3 dan PS Vita telah ditarik balik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di PlayStation Blog, President dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan, telah mengakui yang mereka telah melakukan kesilapan dengan membuat keputusan penutupan tersebut.

PlayStation Store di PS3 dan PS Vita akan terus beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, PS Store di PlayStation Portable (PSP) akan tetap ditutup seperti dirancang.

Dalam rancangan asal, Sony berhasrat untuk menutup PS Store di ketiga-tiga platform PS3, PS Vita dan PSP.

Ryan mendedahkan faktor mengapa mereka berhajat untuk menutupnya pada asalnya iaitu perlu menghadapi beberapa cabaran terhadap sokongan untuk peranti-peranti lama. Mereka juga ingin lebih fokuskan sumber-sumber mereka ada untuk beberapa peranti yang lebih baharu di mana majoriti pemain sedang gunakan.

Mereka mengubah fikiran, kata Ryan, apabila melihat ramai pemain yang masih lagi bersemangat untuk membeli game-game klasik di PS3 dan PS Vita.

Menarik sebenarnya melihat langkah terbaharu Sony ini. Adakah ini bermakna, apa-apa sahaja keputusan yang mereka telah atau bakal lakukan selepas ini, mampu diubah sekiranya mendapat maklum balas yang signifikan daripada para pemain?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends Mobile Mula Sesi Beta Bulan Ini Untuk Android, Screenshot Diperlihat

Perbincangan Ambil-Alih Discord Oleh Microsoft Dilaporkan Tidak Berjaya, Ditamatkan