Sony hendak mendengar pilihan peminat, game PS2 apakah yang korang mahu dibawa ke console PS4!
Nampaknya Sony terus ingin memberikan berita gembira untuk peminat mereka. Selepas berita Hideo Kojima akan bekerja sama dengan mereka, kali ini Sony hadir dengan meminta peminat untuk tweet kepada mereka apa-apa saja game PS2 yang diinginkan di-port kepada PS4!
Pelbagai game telah dikeluarkan setakat ini seperti Dark Cloud dan PaRappa the Rapper 2.
Bagi yang rindukan game era PS2, undi game pilihan korang di Twitter dan gunakan #ps2ps4 bagi menyatakan cadangan!
https://twitter.com/davethach/status/674684963350962176?ref_src=twsrc%5Etfw
Kami di JomGaming sudah tweet pilihan penulis kami, anda bila lagi! Jangan lepaskan peluang menyuarakan hasrat dihati!
https://twitter.com/jomgamingdotmy/status/678441316146020352
Comments
Loading…