in , , ,

Sony Tubuhkan PlayStation Studios Mobile Division Dengan Pembelian Savage Game Studios

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan beberapa perkembangan terbaharu yang memfokuskan kepada arena game mobile.

Ketua PlayStation Studios, Hermen Hulst telah mengumumkan pengambil-alihan Savage Game Studios. Ia merupakan sebuah studio berpangkalan di Finland dan Jerman yang memfokuskan kepada pembangunan game mobile.

Bersama-sama dengan pengambil-alihan ini, Savage Game Studios akan turut menyertai PlayStation Studios Mobile Division, iaitu sebuah divisyen yang baru sahaja Sony tubuhkan.

Hulst mendedahkan yang divisyen baharu ini akan beroperasi secara berasingan daripada pembangunan konsol, seterusnya fokus kepada pengalaman inovatif on-the-go (mobile) berasaskan harta intelek (IP) baharu dan lama milik PlayStation.

Savage Game Studios sudah pun memulakan pembangunan untuk sebuah game action mobile AAA live service, namun ia masih terlalu awal untuk pendedahan lanjut.

Selain itu, Hulst turut memberi jaminan bahawa di sebalik bermacam projek lain seperti pelancaran game-game ke PC, mereka tidak akan mengabaikan komuniti PlayStation dengan terus membikin lebih banyak game single-player yang dipacu naratif.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Terbaru Mafia Dalam Pembikinan, Tapi Akan Masa Beberapa Tahun

Pesaing FIFA Dan eFootball, UFL Ditunda Ke Tahun 2023