Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Sony akhirnya memberikan sedikit komen tentang sama ada penularan wabak COVID-19 akan memberikan kesan kepada tarikh pelancaran PlayStation 5 ataupun tidak.

Jurucakap Sony memberitahu Bloomberg bahawa syarikat gergasi gaming Jepun itu tidak melihat sebarang impak yang teruk terhadap pelancaran PS5 akibat pandemik yang melanda seluruh dunia itu. Dalam erti kata lain, pada ketika ini, pelancaran PS5 masih lagi mengikut jadual.

Walau bagaimanapun, mereka mengakui bahawa terdapat pengurangan keuntungan yang sebelum ini dijangka meningkat, serta laporan kewangan syarikat tersebut terpaksa ditunda yang sebelum ini dijadualkan pada April.

Kata Sony lagi, dua kilang mereka di China telah kembali beroperasi seperti biasa namun tetap menghadapi bebepera kekurangan komponen, manakala fasiliti mereka yang terletak di Malaysia dan UK akan terus ditutup sehingga pertengahan April atas arahan kerajaaan tempatan.

Seperti yang kita tahu, kerajaan Malaysia telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 14 April ini.

Pendedahan Sony ini pastinya melegakan sedikit para gamer yang tidak mahu tarikh pelancaran PS5 ditunda, yang mana pada ketika ia dijadualkan akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2020.

Sama-samalah kita berdoa agar umat seluruh dunia akan berjaya keluar dari pandemik ini agar kita semua boleh kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala — dengan syarat kita semua bekerjasama dan mematuhi segala perintah pihak berkuasa!

JomKomen!