Tencent Holdings dan Sony Interactive Entertainment akan memiliki 30 peratus daripada saham Kadokawa Corporation.
Tencent melalui syarikat di bawahnya, Sixjoy Hong Kong akan memliki kira-kira 16 peratus, manakala Sony pula akan memiliki sekitar 14 peratus, umum Kadokawa dalam satu kenyataan, lapor VentureBeat.
Kadokawa akan tetap kekal sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat itu, iaitu sebanyak kira-kira 69 peratus.
Bagi korang yang tak tahu, Kadokawa merupakan syarikat induk kepada FromSoftware, iaitu studio pembangun kepada bermacam game popular seperti Elden Ring, siri Dark Souls dan Bloodborne.
Dalam kenyataan itu, Kadokawa berkata tawaran saham kepada dua syarikat ini adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi pilihan pembangunan mereka serta melaksanakan pemerolehan dana dengan cara peruntukan pihak ketiga.
Kadokawa turut menyebutkan tentang kekuatan Tencent dalam keupayaannya untuk membangunkan dan melancarkan game mobile dan rangkaian teknologi lain dalam pasaran global. Untuk Sony pula, Kadokawa menyebutkan tentang kekuatan dalam keupayaan untuk melancarkan harta intelek (IP) dalam game-game, video-video dan pelbagai media lain dalam pasaran global.
Bagaimana pemilikan saham ini akan merencana masa depan dan perancangan game-game FromSoftware akan datang? Hanya masa yang akan menentukan.
I agree with your point of view, your article has given me a lot of help and benefited me a lot. Thanks. Hope you continue to write such excellent articles.
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? https://www.gate.io/zh-tw/signup/XwNAU