in ,

Sony Tangguhkan Acara Pendedahan PS5 Untuk Beri Ruang Kepada Protes Di Amerika Syarikat

Acara pendedahan PlayStation 5 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini sepatutnya menjadi livestream berkaitan gaming paling besar pada bulan ini. Walau bagaimanapun, nampaknya kita terpaksa menunggu lebih lama.

Sony telah mengumumkan untuk menangguhkan acara ‘The Future of Gaming’ yang sepatutnya diadakan pada 5 Jun, 4 pagi (waktu Malaysia) itu kerana ingin memberi ruang kepada protes ‘Black Lives Matter’ yang sedang hangat di Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sony berkata, “Dalam pada kami memahami gamer di seluruh dunia sedang teruja untuk melihat game-game PS5, kami tidak rasakan sekarang adalah masa untuk meraikannya dan buat masa ini, kami mahu undur ke belakang dan memberikan lebih banyak suara-suara penting untuk didengari.”

Acara digital pertama untuk PS5 ini dijadualkan akan memfokuskan dan memperlihatkan game-game yang akan dilancarkan untuk PS5. Sony mengesahkan sebelum ini yang acara ini nanti sepatutnya berlangsung selama lebih daripada satu jam.

Pada ketika ini, Sony masih belum mengumumkan bilakah tarikh baharu untuk acara ini akan berlangsung.

Walaupun di sebalik situasi wabak pandemik yang melanda dunia, Sony masih lagi menyatakan yang PS5 tetap akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Pra-Tempah The Last of Us 2 Tak Terjejas Walaupun Jalan Cerita Dah Tertiris, Kata Sony

Call of Duty: Modern Warfare Keluarkan Trailer Story Baru, Tampilkan Lebih Aksi Captain Price

Call of Duty: Modern Warfare, Warzone, Dan Mobile Turut Tangguhkan Season Baru Kerana Protes