Julai 2020 telah menyaksikan Sony Group Corporation bersetuju untuk menyuntik pelaburan strategik sebanyak USD250 juta ( sekitar RM1.07 billion) ke dalam Epic Games.
Terkini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Epic Games, Sony telah menambah lagi USD200 juta (sekitar RM825 juta) ke dalam syarikat yang membangunkan Unreal Engine itu.
Epic menyatakan yang pelaburan tambahan ini terjalin melalui hubungan rapat antara dua syarikat ini dan menguatkan lagi misi bersama mereka untuk memajukan tahap seni dalam teknologi, hiburan dan perkhidmatan online sosial terhubung.
Nilai USD200 juta ini termasuk dalam pelaburan baharu bernilai USD1 billion (sekitar RM4.13 billion) yang diterima oleh Epic Games dari pelbagai syarikat, termasuklah Appaloosa, Baillie Gifford, Fidelity Management & Research Company LLC, GIC, T. Rowe Price Associates, Ontario Teachers’ Pension Plan Board, funds, BlackRock, Park West, KKR, AllianceBernstein, Altimeter, Franklin Templeton dan Luxor Capital.
“Pelaburan mereka akan membantu merancakkan kerja kami dalam membina pengalaman sosial terhubung dalam Fortnite, Rocket League dan Fall Guys, dalam masa sama memperkasakan pembangun-pembangun dan pencipta-pencipta game dengan Unreal Engine, Epic Online Services dan Epic Games Store,” kata CEO dan Pengasas Epic Games, Tim Sweeney.
Comments
Loading…