in ,

Sony Tak Yakin Stok PS5 Akan Ditingkatkan Secara Drastik Sehingga Mac 2022

Sony telah menyatakan yang mereka tidak yakin yang stok PS5 akan bertambah baik secara drastik pada tahun fiskal ini, iaitu tempoh waktu yang akan berakhir pada 31 Mac 2022.

Menurut laporan VGC, ketika laporan kewangan terbaharu, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Sony, Hiroki Totoki mengatakan mereka tidak menjangkakan yang masalah stok konsol terbaharu itu akan selesai dalam tempoh waktu ini.

Totoki turut mendedahkan bahawa Sony kini sedang mempertimbangkan beberapa penyelesaian untuk membantu mereka mengendalikan kekurangan komponen hardware, terumatanya semikonduktor, disebabkan pandemik yang melanda dunia. Antara solusi yang sedang dipertimbangkan ialah mengubah rekaan hardware atau mendapatkan komponen dari pengedar lain.

“Seperti yang saya katakan tadi, kami menyasarkan untuk lebih banyak bilangan jualan [PS5] berbanding PS4 [dalam tahun kedua],” kata Totoki. “Tapi bolehkah kita secara drastiknya meningkatkan bekalan? Tidak, itu kemungkinan besar tidak.”

“Kekurangan semikonduktor adalah satu faktor, tapi ada juga beberapa faktor lain yang memberi kesan kepada bilangan produksi. Jadi, ketika ini, kami menyasarkan untuk menyaingi jualan tahun kedua 14.8 juta, iaitu jualan tahun kedua PS4.”

Dalam laporan yang sama, Sony mendedahkan yang jualan PS5 kini telah mencecah 7.8 juta unit di seluruh dunia sejak pelancaran pada November lalu. Dalam tempoh waktu yang sama, PS4 hanya berjaya terjual sebanyak 7.6 juta unit.

Sifirnya mudah. Sekiranya Sony berjaya meningkatkan bilangan produksi PS5, ia akan meninggalkan jualan PS4 lebih jauh kerana permintaan terhadap konsol terbaharu itu sememangnya semakin tinggi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Buat Pertama Kalinya, EA Jual Kosmetik FIFA 21 Bukan Dalam Loot Box

Game PS4 Kini Adalah Game Paling Banyak Terjual Berbanding Konsol Lain Dalam Sejarah