in ,

Sony Tak Nak Komen Sama Ada Harga PS5 Akan Naik, Jualan Kini Cecah 21.7 Juta

Dalam laporan kewangan terbaharu, Sony telah mendedahkan beberapa butiran baharu mengenai PlayStation 5.

Antara yang didedahkan adalah jualan konsol terkini mereka itu kini sudah berjaya mencecah 21.7 juta unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada November 2020, lapor Gamespot.

Sebagai perbandingan, dalam tempoh yang sama, PS4 berjaya mencecah jualan sebanyak 25.4 juta unit.

Selain itu, Sony turut mendedahkan yang pelanggan PlayStation Plus telah menurun ke 47.3 juta, jatuh 2%.

Menurut VGC pula, ketika ditanyakan soalan tentang apakah mereka akan menaikkan harga PS5, Sony nampaknya tidak mahu memberikan sebarang komen.

“Tentang kemungkinan kenaikan harga PS5, pada waktu ini tiada sebarang info khusus yang saya boleh kongsikan dengan anda tentang harga,” ujar CFO Sony, Hiroki Totoki.

Khabar angin tentang kenaikan harga pasaran PS5 ini timbul kerana pada April lalu, Sony telah menaikkan harga beberapa produk mereka untuk pasaran Jepun seperti pemain Blu-ray, sistem home theatre, headphone dan speaker.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Stray: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Backbone One Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM495, Versi Android Akan Tiba November