in ,

Sony Tak Benarkan Pemain PS4 Refund Cyberpunk 2077 Walaupun CDPR Kata Boleh

Dalam kenyataan permohonan maaf yang dikeluarkan CD Projekt Red semalam, mereka turut menyatakan bahawa para pemain yang membeli Cyberpunk 2077 secara digital dan tidak berpuas hati, boleh meminta pemulangan kembali wang (refund) di PlayStation Store atau Xbox Store.

Walau bagaimanapun, ramai pemain PS4 telah melaporkan bahawa mereka tidak berjaya untuk mendapatkan refund kerana, kata Sony, ia tidak menepati polisi yang ada dalam PlayStation Store.

Polisi yang digunakan oleh Sony ialah mereka yang sudah membeli, dan memuat-turun game itu ke dalam sistem, tidak dibenarkan untuk mendapatkan refund. Hanya pembeli yang masih belum muat-turun game tersebut ke konsol boleh meminta refund.

Apa yang menarik ialah ada satu cara untuk pemain yang sudah memuat-turunnya tetapi boleh memohon refund iaitu sekiranya game tersebut ‘rosak’. Dan nampaknya menurut pandangan Sony, game yang penuh dengan bug, serta tidak mencapai prestasi yang diingini oleh para pemain dalam Cyberpunk 2077, masih belum cukup syaratnya untuk dikategorikan sebagai ‘rosak’.

Berikut ialah beberapa tweet pemain yang kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan refund selepas berhubung dengan pihak Sony:

Apa yang boleh kita simpulkan di sini ialah CD Projekt Red nampaknya tidak berhubung dengan pihak Sony terlebih dulu sebelum mengeluarkan kenyataan semalam. Sekiranya ingin menjaga kepuasan pemain, kedua-dua pihak ini perlu segera menyelesaikan isu ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony, Microsoft, Nintendo Keluarkan Kenyataan Bersama Untuk Online Gaming Yang Lebih Selamat

Fortnite Bawakan Mode Waktu Terhad Seumpama Among Us – The Spy Within