in , , ,

Sony Taja Kejohanan Rasmi Valorant, Tapi Masih Belum Dilancarkan Untuk PlayStation

Bersama-sama dengan pengumuman INZONE, mereka turut mengumumkan yang jenama gaming baharu Sony itu akan menjadi rakan kongsi untuk kejohanan rasmi Valorant.

Walau bagaimanapun, game shooter itu masih belum diumumkan untuk konsol PlayStation.

Menariknya, mereka berkata sesuatu “butiran tambahan” berkaitan esports akan diumumkan dalam minggu-minggu akan datang.

Sebelum ini, Valorant versi konsol sudahpun disahkan berada dalam pembangunan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Meet Me At NooN: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Game Bulanan PlayStation Plus Julai 2022 – Crash Bandicoot 4, Man of Medan, Arcadegeddon, Zero Strain