Awal minggu ini, kita dikejutkan dengan satu butiran besar yang tertiris mendedahkan plot penuh jalan cerita serta gameplay The Last of Us Part II.
Ketirisan ini memberikan tamparan hebat kepada pembangunan game ini secara keseluruhan kerana pertama, plot itu telah disahkan adalah sahih dan digunakan dalam game ini. Keduanya, sebilangan peminat yang sudah membaca plot tersebut tidak berpuas hati dengan jalan ceritanya dan sudah mula mengkritik Naughty Dog sebelum game ini dilancarkan lagi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, lapor IGN, Sony telah mengumumkan bahawa mereka telah mengenalpasti beberapa induvidu utama yang bertanggungjawab mendedahkan butiran-butiran yang tertiris tersebut. Mereka mengesahkan bahawa individu-individu tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan Naughty Dog mahupun Sony Interactive Entertainment.
Sony menambah bahawa mereka tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut kerana maklumat ini masih bergantung kepada siasatan yang sedang dijalankan.
Lanjutan daripada ketirisan ini, Sony dan Naughty Dog telahpun mengumumkan tarikh pelancaran baharu The Last of Us Part II, iaitu pada 19 Jun 2020, eksklusif untuk PS4.
Comments
Loading…